:: wuaa..sedey nyer.. isk isk ::

Thursday, May 7, 2009

.:Novel Hikmah Hati oleh Maszlee Malik:.

assalamualaikum.

SABAR dlm usaha menghabiskan Novel Hikmah Hati. buku neh SABAR beli kat kin0kuniya,KLCC pada 05 Mei 2009. memandangkan penulis adalah Ust. Maszlee Malik, maka tentu sahabat2 sumer dapat agak kan mesej dan bentuk penulisan n0vel nih?/


yeah.. ni merupakan N0vel pertama berbentuk penulisan kreatif oleh beliau. SABAR baru sempat abeskan separ0h.. tp mmg best n mempunyai byk ilmu yg leh memberi erti baru dlm kehidupan pembaca. Mesej yg disampaikan melalui n0vel nih menunt0t pembaca utk berfikir n membuat tafsiran sendiri. Pers0alan yg dikemukakan lebih byk yg tersirat drpd tersurat sekaligus memberi peluang utk pembaca menilai dan muhasabah diri... N0vel ini dapat meningkatkan keyakinan pembaca akan kewujudan Allah swt..


ini bukan la bahan bacaan yg ringan tetapi lebih kepada perk0ngsian mengenai diri kite sbg Hamba Allah d muka bumi ini..
agak melampau apabila SABAR hanya baru abeskan separ0h dlm masa 2 arie berbanding n0vel2 yg selama ini hanya diabeskan dlm masa hanya satu mlm [w/p0n m'punyai 500 m/s].. tetapi begitulah.. n0vel ini menunt0t feeling yg lebih malah tdk keterlaluan jika SABAR katerkan amat berbal0i utk dimiliki.. dengan hanya RM10.00 dan 200 m/s hasil yg diper0leh adalah lebih baeQ drpd kiter membeli n0vel2 cinta yg hanya mel0ntar kiter ke dunia khayalan betapa indahnya kehidupan di dalam n0vel...


jika anda ikhlas membaca n berusaha utk mendalami sbg bekalan dlm id0p,supaya keyakinan terhadap Allah meningkat n ter0s subur di dlm jiwa maka percayalah.. anda akn menangis w/p0n suasana yg dipaparkan adalah kisah yg selal0o kiter bacer di dlm n0vel kisah-kisah teladan Islam..


SABAR akn k0ngsi pengisian n0vel ini.. PASTI.. tp SABAR memerlukan masa utk m'habeskannya n seter0snya m'buat rumusan mengenai n0vel ini..



antara Quote yg menarik:

"Baru ku tahu dunia yg ingin ku rebut sudah ada pemiliknya.."

dan

"BASAR sering menipu, manakala BASIRAH sentiasa tepat.
Maka, tanyalah pada BASIRAH dan jauhilah tipu daya Sang BASAR!"

siapa BASAR n BASIRAH?/ sesungguhnya kiter diberi peluang utk mencarik kebenaran.. maka berusahalah!

SABAR pasti leraikan kekusutan anda jika anda x m'beli buku nih.. PASTI!

salam..


p/s: SABAR selitkan sin0psis HIKMAH HATI






Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.

Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan.

Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata! Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali.

Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!

No comments:

Post a Comment